Kami berjanji dengan penuh iltizam akan berganding bahu mempertingkatkan prestasi kurikulum sekolah dengan:
- Memberi perkhidmatan Pusat Sumber yang berkualiti, tepat dan mudah.
- Menyediakan laporan maklumbalas yang tepat, terkini dan sahih.
- Memberikan khidmat nasihat kepada para pengguna supaya keperluan pengguna dipenuhi dengan berkesan.
- Memberikan perkhidmatan yang menepati masa dan mesra dengan maklumat yang tepat dan sahih.
- Menyediakan bahan-bahan yang bermaklumat terkini, bermutu, mudah difahami dan senang diperolehi.
- Memberikan khidmat kepakaran grafik dan audio-visual untuk meningkatkan mutu dan lebih daya tarikan.
- Memberikan khidmat sokongan yang berkualiti kepada setiap aktiviti-aktiviti panitia.
No comments:
Post a Comment